Rainbow Six Siege adalah sebuah game FPS shooter yang memerlukan kebijaksanaan dan kelicikan untuk memenangi setiap pusingan. Jadi, kami nak kongsikan 5 tips untuk korang yang baru sahaja mula bermain game ini.

rainbow-six-sledge1. Tonton Tutorial Dulu!

Kami tahu korang pasti tak sabar nak ke kancah Multiplayer selepas korang baru sahaja mendapatkan game ini. Tapi korang rileks dulu, jangan gopoh. Di menu utama, korang pergi ke Tutorial.

Terdapat 3 video Tutorial yang disediakan, di mana selepas menonton setiap satu video, korang akan mendapat 200 Renown. Kemudian, selesai menonton ketiga-tiga video tersebut, korang akan mendapat 200 Renown tambahan. Kalau korang dah malas sangat nak tengok video-video itu, korang boleh juga tekan butang ‘skip’. Mudah, bukan?

Dah ada 800 Renown itu, hah, apa lagi, belilah satu Operator. Dengan cara ini, korang tidak akan melompat ke medan Multiplayer dengan loadout-loadout Recruit yang noob!

rainbow-six-loadout

2. Jangan Bermain Solo!

Kalau korang selama ini sentiasa bermain solo dalam apa jua game pun, ini adalah masanya untuk korang cari rakan-rakan untuk bermain bersama. Game ini bukanlah seperti siri Call of Duty atau Battlefield di mana korang boleh bermain solo dan menjadi MVP. Sifat rambo korang itu korang boleh campak jauh-jauh kalau nak menikmati game ini.

Game ini memerlukan komunikasi. Sekali lagi saya tegaskan, komunikasi memainkan peranan yang sangat, sangat penting. Kalau nak main solo juga, terpulanglah. Kalau mati katak nanti, jangan kata kami tak beritahu!

Video di bawah ini adalah antara match yang kami main, menunjukkan komunikasi dan kerjasama adalah sangat penting dalam game ini:

3. Korang Ada 1 Lagi Drone Tambahan.

Sebagai Attacker, kebiasaannya semasa Preparation Phase, drone korang akan pecah sebaik sahaja enemy sudah menjumpai drone korang. Tapi korang jangan risau. Korang sentiasa akan dibekalkan dengan satu lagi drone tambahan selepas Preparation Phase (tekan d-pad kanan untuk console).

Gunakan drone ini sebaik mungkin. Kawal dan bawa drone ini untuk usha dulu dalam sesebuah bilik, di mana korang rasakan enemy sedang berada. Masuk ke sebuah bilik dengan yakin selepas korang rasa bilik tersebut adalah selamat selepas korang dah usha dengan drone. Ulang taktik ini sehingga habis round (atau drone tersebut dipecahkan enemy).

rainbow-six-1

4. Jaga Jarak Korang.

Seperti juga memandu kenderaan dalam dunia sebenar, menjaga jarak antara pemain adalah amat penting. Berjalan atau camping bersama atau kata Mat Salleh, “stick together” memang satu taktik yang baik, namun, jika terlalu dekat antara satu sama lain, keberangkalian korang untuk ketawa, menangis dan mati pun bersama adalah sangat tinggi!

Korang boleh mati serentak melalui campakan Nitro Cell, Cluster Charge, grenade, malah di-shoot dengan primary weapon sahaja!

Video di bawah ini antara contoh yang dilakukan oleh rakan Penulis, Rizzu1986 yang bijak meng-flank enemy yang tidak menjaga jarak antara satu sama lain.

5. Gunakan CCTV Dengan Baik.

Sebagai Defenders, korang akan mendapat access ke CCTV di map tersebut. Kalau korang bermain dengan 3 atau 4 orang rakan (bukan semua pemain adalah rakan), korang seharusnya spot enemy menggunakan CCTV. Setiap enemy yang telah spotted, korang akan mendapat points. Tindakan ini adalah sangat penting bagi memberitahu pemain yang lain, dan sekurang-kurangnya korang dapat mengetahui dari arah mana mereka akan menyerbu.

Namun, kalau korang bermain dengan rakan-rakan yang lengkap dan kelima-lima pemain berada dalam satu Party chat yang sama, korang boleh gunakan taktik yang lebih advanced. Korang tak perlu spot enemy tersebut, sebaliknya hanya memberitahu pemain-pemain yang lain, di mana enemy sedang berada. Dengan meng-spot enemy, mereka akan mengetahuinya, dan seterusnya akan menembak CCTV tersebut dan menukar arah serbuan. Jadi, dengan taktik ini, mereka tidak akan tahu dan meneruskan rancangan asal mereka.

rainbow-six-gign

Jadi, amacam? Korang ada lagi tips yang berguna untuk para pemain yang baru sahaja mendapatkan game ini? Jom kongsi dengan kami!

JomBaca: Rainbow Six Siege: Boleh Beli or Boleh Blah!?

4 KOMEN

JomKomen!