in , , , ,

Rainbow Six Quarantine Diumumkan Secara Rasmi, Game Co-Op 3-Pemain Melawan Zombi

Nampaknya E3 kali ini memperlihatkan banyak laporan tertiris sebelum ini adalah benar. Salah satunya lagi ialah Rainbow Six Quarantine.

Rainbow Six Quarantine baru sahaja diumumkan Ubisoft secara rasmi — merupakan sebuah game spin-off kepada Rainbow Six Siege, yang mana kali ini membawakan co-op 3-pemain melawan makhluk parasit (macam zombi).

Ya, nampaknya mode waktu terhad Operation Outbreak yang dilancarkan pada tahun lalu membuatkan Ubisoft mengeluarkan satu game baru standalone berdasarkannya.

Saksikan trailer acah Rainbow Six Quarantine di bawah, yang mana ia akan dilancarkan pada tahun 2020 untuk PC, PS4 dan Xbox One:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Apabila Karakter-Karakter Game Ubisoft & Tom Clancy Digabungkan Dalam Satu Game Mobile – Elite Squad!

Uplay+ Diumumkan Oleh Ubisoft, Perkhidmatan Langganan Gaming Untuk PC