in ,

Rainbow Six Quarantine Dilaporkan Akan Didedahkan Ubisoft Di E3, Game Shooter Co-Op Di Angkasa

Ubisoft dilaporkan akan mengumumkan Rainbow Six Quarantine di E3 2019, sebuah game spin-off dari francais Rainbow Six.

Menurut laporan Jason Schreier dari Kotaku, game ini dikatakan sebuah game co-op shooter yang menggunakan latar belakang angkasa lepas. Quarantine dijadualkan akan dilancarkan pada tahun fiskal ini, yang mana akan berakhir pada 31 Mac 2020.

Laporan ini turut disokong oleh Nibel, bermakna sudah ada dua individu yang boleh dipercayai melaporkannya.

Jadi, sama-samalah kita nantikan sama ada Ubisoft akan benar-benar mengumumkan game ini pada E3 nanti ataupun tidak. Livestream untuk Ubisoft akan bermula pada 11 Jun, 4 Pagi (waktu Malaysia).

Terima kasih, VG247.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PS4 Akan Benarkan 16 Pemain Sertai Dalam Satu Party Chat, Kemaskini Baru Tak Lama Lagi

Lynx Xbox – Bukan Setakat Konsol & Video Game, Xbox Kini Ada Produk Wangian Sendiri