in , , ,

Judul Rainbow Six Parasite Hanya Sementara, Ubisoft Beri Kenyataan Menafikan [KEMASKINI]

[KEMASKINI]: Tidak seperti yang kami laporkan di bawah, judul Rainbow Six Parasite yang tertiris nampaknya hanyalah judul sementara (placebolder) atau dalam kata lain, Ubisoft masih belum memutuskan (atau belum bersedia mendedahkan) apakah judul rasmi yang bakal menggantikan Rainbow Six Quarantine.

Dalam kenyataan yang diberikan kepada PCGamesN, Ubisoft mengesahkan yang mereka akan menukar judul asal game tersebut, namun ‘Parasite’ hanyalah placeholder yang digunakan oleh para pembangun secara dalaman.

Mereka turut menyatakan yang ini hanyalah secebis daripada apa yang bakal mereka sajikan dalam game, dan mereka akan kongsikan info lebih lanjut, termasuk judul rasminya, dalam masa terdekat.

[LAPORAN ASAL]:

Minggu lalu, Ubisoft telah menyatakan yang mereka sedang mempertimbangkan sama ada masih akan terus menggunakan judul ‘Rainbow Six Quarantine’ ataupun tidak.

Terkini, Ubisoft nampaknya sudah mempunyai judul baharu untuk game co-op 3-pemain itu, walaupun ia sebenarnya belum diumumkan secara rasmi.

MP1ST telah berjaya menemui sebuah fail yang dimuatnaik ke PlayStation Network, dan setelah menggalinya, mereka menemui beberapa gambar yang memperlihatkan logo dan artwork baharu, seterusnya mengesahkan judul yang telahpun diubah, iaitu Rainbow Six Parasite.

Korang boleh saksikan gambar-gambar di bawah, yang turut menunjukkan butang-butang kawalan apabila game ini dimainkan secara Remote Play di PS Vita.

Judul ‘Rainbow Six Quarantine’ mungkin satu judul yang agak menarik semasa pertama kali diperkenalkan pada tahun 2019. Namun, selepas pandemik global yang berlaku sepanjang 2020, yang masih tidak menunjukkan tanda reda, ‘Quarantine’ boleh dikatakan istilah yang mungkin agak sensitif.

Sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman rasmi dan butiran lanjut daripada Ubisoft sendiri.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Valheim Ketika Ini Lebih Popular Daripada PUBG, Apex Legends, GTA V Di Steam

Overcooked! All You Can Eat Turut Dilancarkan Untuk PC, PS4, XB1, Switch Pada Mac