in , , , ,

Rainbow Six Extraction Keluarkan Trailer Gameplay, Dedahkan Segala Kandungan Yang Akan Ditampilkan

Ubisoft baru sahaja mengeluarkan sebuah trailer gameplay baharu yang mendedahkan segalanya yang para pemain perlu tahu tentang game shooter akan datang mereka, Rainbow Six Extraction.

Dalam video kali ini, ia memperkenalkan bagaimanakah gameplay yang bakal disajikan ke dalam game PvE ini, kemudian berkongsikan apakah kandungan-kandungan yang tersedia seperti 18 Elite Operators, 12 map yang berubah-ubah, 13 misi berbahaya, 25 gajet, 69 senjata, 13 jenis musuh, sistem progression, kisah latar belakang (lore) baharu, sokongan cross-play penuh dan banyak lagi.

Jom layan:

Rainbow Six Extraction adalah game shooter co-op bersama 3 orang pemain. Operator-Operator ini dihantar ke lokasi-lokasi bahaya untuk melakukan serangan terhadap sejenis makhluk asing diberi nama Archæns.

Rainbow Six Extraction akan dilancarkan pada Januari 2022 untuk PC, PS5, PS4, Xbox Series dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hades Kini Game Paling Tinggi Markah Di Metacritic Untuk PS5, Xbox Series X

7 Juta Pengguna Baru Daftar Epic Games Store Semasa GTA V Diberikan Percuma Tahun Lalu