in , , , ,

Raikan Tahun Baru Cina Bersama Genshin Impact di Sunway Velocity Mall!

Genshin Impact akan menyapa peminat dan pemain di Aras 3, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur (hadapan Myung Rang) dari 25 Januari hingga 7 Februari 2022.

Pengunjung boleh menjangkakan beberapa aktiviti menyeronokkan di booth yang disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi cenderamata dan barangan rasmi Genshin Impact, seperti poskad dan pelapik cawan.

Bagi mereka yang ingin membawa pulang memori bersama dengan watak-watak Genshin, anda juga berpeluang untuk bergambar bersama cosplayer dan watak standees juga.

Tema dan reka bentuk gerai fizikal diilhamkan daripada salah satu negara rekaan dalam game, iaitu Liyue yang diinspirasikan daripada salah satu lokasi di China.

Genshin Impact menjemput rakan lama dan baru untuk berseronok di booth dan kedai pop-up semasa musim perayaan ini.

Written by Sarah Akirien

Penulis dan Video Content Editor JomGaming ini seorang yang kecil-kecil cili padi. Seorang gamer yang sentiasa berhalusinasi dalam alam fantasi. Penembak tegar Destiny dan Overwatch. Twitch.tv/akirien

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Google Play Games: Aplikasi Rasmi Main Game Mobile Di PC, Kini Sesi Beta Di 3 Negara Asia

Katapat: Wordle Tapi Teka Perkataan Dalam Bahasa Melayu