in , ,

Ragnarok X: Next Generation Tampilkan Tema Halloween Bersama Pelbagai Ganjaran Istimewa

Memasuki bulan Oktober, pastinya banyak game yang menampilkan bermacam acara dan ganjaran bertemakan Halloween, maka Nuverse juga tidak mahu ketinggalan untuk membawakannya ke dalam Ragnarok X: Next Generation.

Pertama sekali, apabila berjalan di Prontera, korang akan bertemu dengan labu, kelawar dan hantu-hantu yang digantung merata sambil tersenyum.

Namun bukan itu sahaja. Tarikan utama tentunya beberapa acara dan ganjaran yang menanti bertemakan perayaan seram itu.

Bermula 31 Oktober hingga 11 November, pemain yang telah mencapai Base Lvl. 35 dan ke atas akan berupaya bercakap dengan Jakk berhampiran Odin’s Stature di Prontera bagi menyertai satu daripada sepuluh party scenes.

Setiap hari dari jam 8 malam hingga 9 malam, Jakk akan summon sekumpulan besar mini dan MPV boss merentasi beberapa kawasan Prontera. Para pemain perlu menyingkirkan boss-boss ini untuk mendapatkan material eksklusif Halloween ‘Badge’ dan candy yang boleh dimakan (dengan efek sampingan yang mengejutkan!) serta ganjaran lazim seperti experience, zeny, dan barangan rare yang diberikan oleh boss.

Apabila waktu itu telah tamat, para pemain akan dinilai berdasarkan prestasi masing-masing, yang mana turut boleh dapat event currency tambahan yang boleh trade untuk ganjaran istimewa.

Apabila party itu pula tamat, para pemain boleh trade Halloween Materials dengan Jakk untuk memperoleh item-item bertemakan Halloween, antaranya Deviling Hat, Resurrection on Night March dan set kostum Witch.

Harus diingat, Jakk hanya akan tinggal di Prontera selama 7 hari selepas event itu berakhir, jadi jangan lupa untuk tebus ganjaran korang sebelum Jakk berlalu pergi.

Di samping itu, ada berita gembira untuk para pemain yang gemarkan Cross-Server GvG System. Disebabkan mendapat sambutan hangat, Cross-Server GvG System akan ditambah secara kekal ke dalam game bermula 23 Oktober ini.

Korang boleh muat-turun secara percuma Ragnarok X: Next Generation untuk iOS di sini, dan Android di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Konami Tunda Kemaskini Pertama eFootball 2022 Ke Bulan Depan

God of War Versi PC Dibangunkan Jetpack Interactive, Santa Monica Hanya Menyelia