in , ,

Ragnarok X: Next Generation Lancarkan Acara Guild Wars Di Asia Tenggara, Pertempuran Setiap Hari Sabtu

Pada 23 Julai lalu, Nuverse telah mengumumkan bahawa Ragnarok X: Next Generation akan melancarkan kemaskini GvG yang dinantikan ramai dalam beberapa minggu akan datang.

Guild yang direka oleh pemain akan berupaya diuji keberanian dan kebersamaannya menentang antara satu sama lain dalam pertempuran PvP epik berskala besar.

Guild Wars akan berlangsung setiap hari Sabtu pada jam 9 malam mengikut waktu negara masing-masing, dan akan berjalan selama 45 minit. Ia akan berlangsung di semua server dengan World Level yang lebih tinggi daripada 55, dan akan dibuka kepada semua pemain dengan Base Level lebih daripada 35 yang terdapat dalam satu guild.

Terdapat 5 pangkalan kesemua sekali untuk guild-guild takluki dan kemudian mempertahankannya — terletak di Geffen, Alberta, Morroc, Izlude Island, dan Payon.

Sebagai seorang peminat setia Raganarok Online, korang pasti akan mengetahui bahawa Guild Wars merupakan medan uji kekuasaan untuk semua pengembara dalam Midgard. Dalam Ragnarok X: Next Generation, sistem GvG membawakan fungsi yang sama seperti dalam game asal, dengan pelbagai guild bertempur untuk menguasai pangkalan di beberapa bandar Midgard dengan memusnahkan kristal Emperium yang tersimpan di dalamnya.

Guild pertama yang berjaya melakukan sedemikian akan menjadi pula pelindung kepada pangkalan tersebut dan harus mengusir keluar guild-guild lain yang berhajat untuk menguasainya.

Acara ini terbahagi kepada 3 fasa: Siege War, Clash of Champions dan Defensive War.

Dari segi ganjaran, dengan hanya menyertai Guild Wars, pemain akan berpeluang untuk memperoleh GvG Participation Chests berdasarkan aksi-aksi yang dilakukan seperti menumpaskan ahli guild musuh, atau menghidupkan semula rakan sepasukan di medan pertempuran.

Bagi yang berjaya memenangi Guild Wars, pemain akan mendapat barangan eksklusif City Owner Chests yang mengandungi Guild Contribution dan Shadow Equipment Materials. Selain itu, pemain juga diberi akses kepada Abyssal Arcade iaitu sebuah battleground PvP istimewa di mana kesemua lima guild pemenang perlu menewaskan bos khas MVP yang kemudiannya akan memberikan peralatan yang terbaik dalam game, serta pusat pertemuan yang menghadiahkan material Shadow Equipment tahap tinggi.

Ragnarok X: Next Generation merupakan sebuah game mobile 3D MMORPG berdasarkan francais Ragnarok Online. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, kira-kira sebulan selepas pelancarannya di Asia Tenggara, game ini telah berjaya mencapai 5 juta muat-turun, mengumpulkan sekitar 1 juta pemain aktif pada setiap hari.

Korang boleh muat-turun Ragnarok X: Next Generation untuk iOS di sini, dan Android di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dragon Age Pula Dilaporkan Sedang Dibikin Untuk Siri TV Oleh Netflix

Sony Umum PS5 Kini Terjual Sebanyak 10 Juta Unit, Jualan Konsol PlayStation Paling Pantas Dalam Sejarah