in , ,

Ragnarok X: Next Generation: Kemaskini Pet System Kini Dilancarkan – Tangkap Dan Jaga Haiwan Comel

Tiada peneman yang lebih setia dalam hidup selain haiwan peliharaan yang kita jaga dan sayang. Itulah apa yang bakal dihidupkan dalam Ragnarok X: Next Generation.

Nuverse telah mengumumkan kemaskini Pet System kini sudah dilancarkan dalam Ragnarok X: Next Generation.

Bagi yang pernah bermain game asal Ragnarok Online, tentunya masih ingat tentang Pet System yang menawarkan pilihan peneman raksasa (yang comel!) untuk para pemain tangkap dan jaganya, yang kemudiannya akan mengikuti pemiliknya ke mana sahaja. Kini, Pet System itu akan turut dibawa masuk ke dalam Ragnarok X: Next Generation.

Dalam Ragnarok X: Next Generation, setiap peneman comel ini akan memiliki kekuatan pasifnya tersendiri, yang mampu memberikan bantuan kepada para pemain dalam meneruskan pengembaraan. Malah, meningkatkan Intimacy Level untuk haiwan peliharaan ini akan membuatkannya belajar 6 skill aktif yang boleh digunakan semasa pertempuran.

Melalui kemaskini terbaharu ini, para pemain akan mempunyai 16 haiwan peliharaan untuk dijadikan koleksi: 9 ekor perlu ditangkap, dan 6 lagi perlu dievolusi, manakala Phreeoni hanya akan tersedia melalui beberapa event. Para pemain akan dibenarkan untuk mengubahsuai haiwan peliharaan ini untuk menjadi peneman yang sempurna semasa di dalam dan luar pertempuran.

Untuk unlock Pet System ini, pemain perlu melepas base level 60. Selepas itu, Adventurer perlu menyelesaikan tiga guided quest, mengajarkan bagaimana untuk membeli slingshot, bagaimana untuk mengisinya dan bagaimana untuk unlock Pet Encyclopedia.

Dalam kemaskini Pet System ini juga, pemain akan turut berpeluang mengambil bahagian dalam dua event istimewa — Poring vs. Lunatic Event dan Pet Adventures Event — yang mana setiap event ini akan menghadiahkan ganjaran yang pasti pemain tidak mahu terlepas.

Korang boleh muat-turun Ragnarok X: Next Generation untuk iOS di sini, dan Android di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Exodus, Filem Pendek Battlefield 2042, Kisah Permulaan Perang Besar

Trilogi GTA Remastered Dilaporkan Akan Dilancarkan Oktober Ini Untuk PC, PlayStation, Xbox, Switch, Mobile