in , ,

Ragnarok X: Next Generation Berkolaborasi Dengan Anime ‘That Time I Got Reincarnated as a Slime’

Nuverse telah mengumumkan kolaborasi terbaharu antara Ragnarok X: Next Generation dengan anime popular, That Time I Got Reincarnated as a Slime (juga dikenali sebagai Tensura).

Acara bertemakan anime itu sudahpun dilancarkan ke dalam Ragnarok X: Next Generation. Ia membawakan pelbagai kandungan serba baharu seperti quest, kostum, MVP, bos mini, dan banyak lagi.

Acara kolaborasi ini akan berlangsung dari 10 September hingga 10 Oktober.

Dalam dunia Midgard, para pemain akan bertemu dengan bos MVP dipanggil Storm Dragon dan bos mini Orc Disaster dalam acara quest baharu. Pemain berpeluang untuk mendapatkan kad-kad dari dua bos berkuasa ini, serta memperoleh event coin yang boleh ditebus untuk ganjaran-ganjaran lain.

Selain itu, kolaborasi ini juga menampilkan acara Slime Fantasy World — satu misi yang seumpama bermain board game Monopoly bagi mendapatkan banyak item seperti headgear dan kostum berdasarkan anime itu.

Korang boleh muat-turun Ragnarok X: Next Generation untuk iOS di sini, dan Android di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Star Wars: Knights of the Old Republic (KOTOR) Remake Akhirnya Diumumkan Untuk PC, PS5

Football Manager 2022 Akan Tersedia Dalam Xbox Game Pass Pada Hari Pertama Pelancaran