Akhirnya Bethesda dah umumkan edisi terbaru Rage 2 – game shooter open world pasca apokalips ala dunia Mad Max!
Selepas dileak dan diumumkan secara mengejut bulan lalu, Avalanche Studios memperkenalkan Walker, bintang utama Rage 2. Sebagai seorang Ranger di dunia tandus Rage 2, Walker boleh memandu semua kenderaan, berperang dengan mana-mana musuh dan mengembara ke mana sahaja di dalam dunia tersebut.
Bethesda menjanjikan game open world Rage 2 yang benar-benar bebas. Ibaratnya Grand Theft Auto yang dibawa ke dunia kiamat. Amacam? Minat? Rage 2 dijangka dilancarkan pada tahun hadapan.
Comments
Loading…