in

Rage 2 Bakal Tiba 2019 – Saksikan Gameplay Trailer

Dibangunkan oleh id Software dan Avalanche Studios.

Pada mereka yang tidak tahu, siri Rage ini asalnya dibangunkan oleh id Software yang dikenali dengan siri FPS seperti Doom dan Quake. Namun begitu, Rage tidak mendapat sambutan yang baik secara umumnya apabila diterbitkan pada 2010.

Bethesda kini telah memberikan tanggungjawab kepada id Software dan Avalanche Studios untuk membangunkan sekuel kepada Rage. Avalanche Studios sememangnya cukup dikenali dengan mencipta open-world yang menarik seperti siri Just Cause dan Mad Max.

Dari trailer yang telah dikongsi, dunia Rage 2 sememangnya nampak lebih menarik dan gila-gila. Namun begitu, Rage 2 dijangka akan diterbitkan lambat lagi iaitu sekitar musim panas 2019. Jadi kita tunggu dan lihat sajalah perkembangan mengenai game ini.

Info lanjut boleh didapati dari blog Bethesda.

Ehem, Borderlands 3 bila lak nak announce? Terima kasih leak Walmart.

Written by Zack Salleh

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Twitch Kini Membenarkan Penonton Menapis Bilangan Pemain Yang Hidup Dalam Stream PUBG

Pembangun Candy Crush Sedang Membangunkan Game Call of Duty Mobile