in ,

Quantic Dream Tidak Lagi Akan Bangunkan Game Eksklusif Untuk PlayStation, Bertukar Ke Multi-Platform

Kalau korang peminat setia platform PlayStation, semestinya studio pembangun game Quantic Dream tidak asing lagi dalam pengetahuan korang. Jika tidak semua, pastinya salah satu game eksklusif Playstation keluaran mereka sudah korang mainkan — antaranya seperti Heavy Rain, Beyond: Two Souls dan Detroit: Become Human.

JomBaca: Detroit: Become Human: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Terbaru, Quantic Dream telah mengumumkan yang syarikat mereka tidak lagi akan mengeluarkan game-game eksklusif untuk PlayStation, sebaliknya akan mengembangkan pasaran kepada multi-platform. Atau dalam kata lain, kemungkinan mereka akan mengeluarkan game-game akan datang ke platform PC, Xbox atau Nintendo.

Bercakap kepada Variety dan VentureBeat, dua bos Quantic Dream, David Cage dan Guillaume de Fondaumière telah mendedahkan yang langkah ini diambil selepas saham minoriti dalam Quantic Dream telah diambil-alih oleh NetEase — salah satu syarikat internet terbesar dari China.

“Objektif kami adalah untuk hadir ke semua platform di mana ada audiens yang boleh menikmati pengalaman kami,” kata de Fondaumière. “Kami akan, semestinya, terus membangunkan [game] untuk PlayStation, satu platform yang kami sangat kenali setelah bekerja bersama Sony untuk 12 tahun, tapi kami juga akan hadir ke platform-platform lain yang relevan.”

Baru-baru ini, telah timbul satu kontroversi melibatkan Quantic Dream. Terdapat seorang wartawan dari Perancis yang mendakwa terdapat budaya kerja yang tidak sihat di Quantic Dream. Studio tersebut dengan tegasnya telah menafikan tuduhan tersebut, dan telah menggerakkan tindakan undang-undang terhadap wartawan tersebut.

Eksekutif NetEase, Simon Zhu sedia maklum tentang tuduhan tersebut, walau bagaimanapun syarikat gergasi negara Tembok Besar itu percaya dengan Quantic Dream dan tetap tegas menyatakan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas. Maka, sebab itulah mereka memutuskan untuk melabur ke dalam studio tersebut.

Menarik untuk kita semua saksikan apakah kualiti dan arah yang akan dibawakan oleh Quantic Dream selepas ini apabila mereka kini akan melancarkan game-game ke pelbagai platform.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Anak-Anak & Adik-Adik – Siri The Witcher Netflix Bukan Untuk Tontonan Korang!

Fortnite Mobile Sekarang Boleh Main Menggunakan Bluetooth Controller