Di bahagian News dalam game, Epic Games telah mendedahkan yang sebuah jenis kenderaan baru akan dibawakan ke dalam Fortnite.
Digelar Quadcrasher, motor dengan empat tayar ini nampaknya seperti sejenis kenderaan yang boleh melanggar dan memusnahkan pelbagai objek. Deskripsi yang diberikan menjelaskan yang Quadcrasher ini mempunyai “boost” yang boleh menguatkan lagi pelanggaran terhadap struktur-struktur objek.
“Charge the boost to crash through structures or get some air”
Apa yang menarik ialah rekaan Quadcrasher ini memiliki bentuk seperti snowplow, iaitu alat yang digunakan untuk mengetepikan salji di atas jalan, mengesahkan yang kenderaan ini sememangnya digunakan untuk melanggar sesuatu.
Tiada tarikh diumumkan bilakah Quadcrasher ini akan dikeluarkan, namun kebiasaannya ia akan dibawakan pada minggu hadapan, memandangkan ia akan dikemaskini pada setiap minggu.
Fortnite Battle Royale boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4, Xbox One, Switch, iOS dan Android.
Comments
Loading…