Masa untuk mempersiapkan pasukan negara untuk Sukan Asia 2018!
Awal pagi semalam, PES Malaysia telahpun mengumumkan yang mereka bakal mengendalikan pusingan kelayakan peringkat Malaysia untuk Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang bagi game PES 2018.
Terbaru, pusingan kelayakan untuk Hearthstone, Starcraft II dan Clash Royale pula diumumkan, yang mana ia bakal dikendalikan oleh Prime Live. Berbeza dengan PES 2018 yang akan mengadakan pemilihan secara offline di Nagaming, pemilihan pemain untuk ketiga-tiga game ini akan diadakan secara online.
Berbeza dengan proses pemilihan PES 2018 yang dijelaskan dengan lebih terperinci tentang bagaimana pusingan kelayakan ini akan bergerak — dari pusingan kelayakan peringkat Malaysia ke peringkat Asia Tenggara — pergerakan kelayakan untuk ketiga-tiga game ini agak kurang jelas. Mereka lebih kepada menjelaskan bagaimana perlawanan pusingan kelayakan itu akan berjalan sahaja.
Apa-apa pun, sekiranya korang rasa koranglah pemain-pemain Hearthstone, Starcraft II dan Clash Royale yang layak untuk mewakili negara, apa tunggu lagi, daftarkan nama/pasukan korang di sini.
Selamat maju jaya!
Enam game akan dimasukkan ke dalam pertandingan demonstrasi esport dalam Sukan Asia 2018. Buat masa ini, pasukan Malaysia hanya mengumumkan pemilihan untuk empat game ini. Adakah akan ada pemilihan untuk League of Legends dan Arena of Valor juga?
Kesemua pemilihan yang sudah diumumkan ini mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dan Majlis Sukan Negara.
Comments
Loading…