in , , ,

PUBG Untuk PC/Konsol Dilaporkan Sedang Dirancang Untuk Bertukar Ke Game Percuma

Satu laporan terbaharu telah menyatakan bahawa PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) untuk platform PC dan konsol sedang dirancang untuk dijadikan sebuah game bermodelkan percuma (free-to-play).

Laporan ini hadir dari orang dalam industri tersohor, PlayerIGN. Beliau berkata bahawa Krafton akan mengadakan satu minggu percuma sebagai percubaan untuk melihat bagaimana sambutan daripada para pemain.

Dalam kata lain, sekiranya sesi minggu percuma itu menarik ramai pemain baharu, maka mereka akan mempertimbangkan untuk bertukar ke model percuma.

PlayerIGN turut menyatakan yang pada 2019, mereka sebenarnya telahpun mengadakan sesi percubaan model percuma seumpama ini, namun tidak mendapat sambutan maka sebab itulah game battle royale itu masih lagi sebuah game berbayar sehingga ke hari ini.

Jangan terkeliru pula. PUBG yang dikeluarkan untuk PC (2017) dan PS4/Xbox One (2018) merupakan sebuah game berbayar. Berbeza dengan PUBG Mobile (2018) yang sememangnya sebuah game percuma sejak pelancaran.

Walaupun sudah banyak pesaing battle royale yang lebih berjaya — antaranya Fortnite, Apex Legends, Call of Duty: Warzone — PUBG masih lagi mempunyai para pemainnya yang setia. Namun sejujurnya, ia boleh dikatakan agak terlewat memandangkan pesaing-pesaing ini merupakan sebuah game percuma sejak awal lagi.

Apa-apa pun seperti biasa, laporan ini masih lagi dalam status khabar angin. Selagi ia belum disahkan secara rasmi, maka jangan meletakkan harapan terlalu tinggi.

Apa pandangan korang? Sekiranya laporan ini benar, sambut baik rancangan ini atau sudah terlambat?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kemaskini Kandungan Tambahan Percuma Akan Hadir Dalam New Pokémon Snap

Bos Sony Sahkan Nixxes Akan Bawa Lebih Banyak Game PlayStation Ke PC