PlayerUnknown’s Battlegrounds telah menghabiskan masa beberapa minggu yang lalu menunjukkan map padang pasir, senjata terbaru, kenderaan terbaru dan menjalankan test server.
Ini adalah keutamaan bagi Bluehole, namun masih wujud “permintaan yang kuat” untuk item-item kosmetik. Sama seperti kotak item khas Gamescom Invitational yang dilancarkan pada bulan Ogos yang lalu.
Semasa berada di G-Star Global Game Exhibition yang berlangsung di Korea pada tahun ini, CEO PUBG Corp. dan pereka permainan utama Changhan Kim mengakui minat yang lebih meluas terhadap kosmetik, namun mencadangkan loot box takkan menjadi game pay-to-win.
“Seperti yang kamu sudah tahu, kami tidak akan menambah apa sahaja yang boleh memberi kesan kepada gameplay. Namun, terdapat permintaan yang kuat untuk item kosmetik. Memandangkan pelancaran rasmi merupakan keutamaan kami yang paling penting, kami merancang untuk menambah item terbaru selepas itu.”
Kim juga berkata tentang bagaimana beliau dan rakan sekerjanya membanteras penipuan dalam game itu dan prospek tutorial mod training.
“Secara jujurnya, saya rasa penipuan dalam PUBG, kami fikir macam, ‘Tidak ada latihan dalam kehidupan! Ia sepatutnya menjadi susah! Memandangkan menyampaikan realiti adalah penting. Namun, ramai pemain meminta mod tutorial atau padang menembak dan kami percaya ini mungkin dapat membantu sesetengah pemain. Jadi kami akan mula merancang untuk menghasilkan ciri itu selepas pelancaran rasmi.”
Seterusnya, Kim mengalihkan perhatiannya kepda bagaimana pasukannya menjalankan proses memilih dan mereka bentuk senjata.
“Kami menambah senjata baru untuk melengkapi kekurangan dalam barisan senjata, memandangkan setiap senjata mempunyai peranannya yang tersendiri. Semestinya, barisan senjata mencerminkan identiti kita juga. Sama ada popular atau spesifik, ada orang dengan pilihan yang lebih meluas, jadi banyak senjata yang menarik yang dipertimbangkan. Ada senjata yang dibuang dari proses pemilihan jika mereka mengganggu terlalu banyak keseimbangan dalam permainan.”
“Kami sedar bahawa ramai pemain Korea mahukan senjata K2 ditambah ke dalam game. Ia sememangnya dalam barisan senjata yang akan dipertimbangkan, tapi memandangkan yang ia mungkin akan bertindih dengan senjata lain yang sudah wujud dari segi peranannya. Kami sedang menggerakkan penambahan ini dari perspektif kepelbagaian reka bentuk.”