in , , , , ,

PUBG Terlalu Ganas Dan Patut Diharamkan, Kata Taliban

Siapa yang tidak kenal dengan PUBG. Antara game terawal yang menjadi peneraju kepada fenomena battle royale.

Terkini, game itu akan diharamkan di Afghanistan. Kerajaan Taliban memberikan masa 90 hari kepada syarikat telekomunikasi dan penyedia servis internet untuk menjalankan arahan tersebut, lapor PCGamesN.

Pada bulan April lalu, jurucakap Islamic Emirate of Afghanistan, Inamullah Samangani membuat post di Twitter dengan berkata “game PUBG menyebabkan generasi muda berkhayal.”

Servers internet di negara tersebut akan diarahkan untuk menyekat akses kepada game battle royale itu termasuk sekali dengan aplikasi TikTok. Pada asalnya, tiada tempoh masa untuk larangan tersebut diumumkan.

Tapi sekarang, menurut Khaama Press, Taliban telah diberikan mandat untuk menyekat akses PUBG di Afghanistan dalam tempoh 90 hari.

Menurut South Asia Index, Taliban mengharamkan PUBG kerana ianya “mempromosikan keganasan”. PUBG juga sebelum ini telah diharamkan di beberapa buah negara seperti China, Jordan dan India dengan kerajaan mensasarkan kepada versi mobile game itu.

Taliban juga telah mengharamkan lebih dari 23 juta laman web di Afghanistan yang mempromosikan apa yang dipanggil sebagai “kandungan tidak bermoral”.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Peluang Besar Battlefield Kalau Call of Duty Jadi Eksklusif Xbox, Kata CEO EA

EA, Marvel Sahkan Game Iron Man Sedang Dibangunkan, Single-Player Action-Adventure