in , , ,

PUBG Telah Bertukar Nama, Kini Dikenali Sebagai ‘PUBG: Battlegrounds’ Untuk PC, Konsol

Mungkin ramai yang tidak perasan, tapi PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG kini mempunyai format judul yang baharu.

Game battle royale popular itu telah bertukar nama, dan kini dikenali sebagai PUBG: Battlegrounds.

Ya, macam ada ‘Battlegrounds’ yang berlebihan pula.

PlayerUnknown’s Battlegrounds: Battlegrounds.

Sekiranya korang buka game tersebut, atau bukanya di Steam, PlayStation Store, dan Xbox Store, kita akan dapat lihat artwork dan logo baharu tertera PUBG: Battlegrounds.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada PC Gamer, Krafton telah mengesahkan perubahan judul ini, namun tidak menjelaskan apakah sebab di sebalik nama baharu itu.

“Krafton kini sedang memperluas secara aktif jenama melalui pelbagai pengalaman baharu berlatarbelakangkan universe ini,” ujar Krafton. “Menjenamakan semula PlayerUnknown’s Battlegrounds kepada PUBG: Battlegrounds adalah langkah pertama untuk kami merealisasikan visi ini. Judul-judul tambahan dalam francais ini akan mengangkat nama PUBG, seperti yang anda dapat lihat dalam game kami akan datang, PUBG: New State.”

Daripada kenyataan ini, kita mungkin boleh menyimpulkan bahawa Krafton akan menggunakan format judul ‘PUBG: XXXX’, seperti yang dapat kita lihat sendiri dalam PUBG: Battlegrounds, fokus kepada PC/konsol, dan PUBG: New State, fokus kepada platform mobile.

PUBG: New State merupakan sekuel kepada kepada PUBG Mobile. Berlatarbelakang tahun 2051, game percuma ini akan membawakan tema futuristik. Buat masa ini, pemain sudah boleh pra-daftar game ini, dan dijadualkan dilancarkan sepenuhnya pada tahun ini.

Bersama-sama dengan perubahan judul baharu ini, PUBG: Battlegrounds kini boleh dimainkan secara percuma selama seminggu untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, sesi percuma selama seminggu ini dikhabarkan akan digunakan sebagai kaji selidik sama ada game ini akan ditukar terus kepada model game percuma (free-to-play) ataupun kekal sebagai game berbayar.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Football Manager Takkan Guna Lagi Nama Manchester United Selepas Pertikaian Tanda Dagang

Penerbit GTA Ada 3 Game Klasik Bakal Dihidupkan Semula Yang Masih Belum Diumumkan