in ,

PUBG Tambah Mode Masa Terhad Seumpama Yang Ada Dalam Fortnite: Battle Royale

Lebih banyak pilihan untuk pemain PUBG.

Antara fungsi yang membuatkan Fortnite: Battle Royale lebih popular berbanding PUBG kini adalah pelbagai mode masa terhad yang dibawakan, memberikan pemain sedikit twist daripada mode-mode biasa. Antara yang pernah ditampilkan dalam game sensasi keluaran Epic Games itu adalah 50vs50, Teams of 20, Blitz dan macam-macam lagi.

Terbaru, fungsi seumpama ini akan ditambah ke dalam PUBG juga. Dalam post di Steam forum yang dikeluarkan, PUBG Corp. telah mengumumkan yang mode ini, sama seperti Fortnite, akan menawarkan mode yang sedikit berbeza daripada mode yang tipikal, dan akan ditukar-tukar dalam durasi tertentu.

Mode pertama yang akan diperkenalkan pada minggu ini adalah skuad yang boleh disertai oleh 8 orang pemain dan menggandakan drop untuk rifle.

“Kami tahu yang ini tidaklah perubahan yang besar kepada perlawanan biasa seperti yang telah disebut di atas, ini hanyalah untuk memulakan fungsi ini,” kata PUBG Corp. dalam kenyataan itu. “Masa depan untuk Event Mode ini akan membawakan pelbagai perkara menarik!”

Walau bagaimanapun, buat masa ini, mode ini hanya akan dibawakan ke platform PC sahaja, serta ia hanya terhad untuk map Erangel dan pandangan third-person sahaja bagi memastikan matchmaking yang efektif.

Apa komen korang pemain PUBG? Gembira dengan penambahan mode terbaru ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Umumkan Kerjasama Dengan Tencent Untuk Bawa Game PC Dan Mobile Ke Pasaran China

Pencipta PUBG Tentang Fortnite: “Saya Cuba Atasi Persepsi Saya Ingin Game Lain Mati”