PUBG: New State, iaitu sekuel kepada PUBG: Mobile, telah dilancarkan secara global pada 11 November lalu.
Dalam minggu pertamanya sahaja, game terbitan Krafton itu dilaporkan telah menjana pendapatan sebanyak USD2.6 juta (~RM10.98 juta) melalui Apple App Store dan Google Play.
Laporan ini hadir dari firma penganalisis industri gaming, Sensor Tower, lapor GamesIndustry.biz, yang turut mendedahkan tiga negara yang menyumbangkan pendapatan tertinggi ialah Amerika Syarikat, Jepun dan Turki.
Sensor Tower juga menganggar bahawa game battle royale mobile itu telah dimuat-turun sebanyak 23 juta kali di seluruh dunia, di mana India mencatatkan 7 juta muat-turun, iaitu lebih daripada 30% jumlah muat-turun keseluruhan.
Pemain di Amerika Syarikat dan Korea Selatan pula masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dari jumlah muat-turun, berada di belakang India.
Comments
Loading…