Awal Januari lalu, kita ada mendengar khabar yang sekuel kepada game popular battle royale ini sedang dalam pembangunan. Kini, ia telah diumumkan secara rasmi.
Berjudul PUBG: New State, ia merupakan sekuel kepada kepada PUBG Mobile. Berlatarbelakang tahun 2051, game percuma ini akan membawakan tema futuristik. Jom layan trailer pertama penuh aksi ini:
Berbeza dengan PUBG Mobile yang dibangunkan oleh Tencent, PUBG: New State akan dibangunkan sendiri oleh pencipta asal PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS, KRAFTON Inc. dan PUBG Studio.
Tiada tarikh tepat didedahkan setakat ini, yang mana mereka hanya menyatakan yang game ini akan dilancarkan pada tahun 2021.
Untuk pengguna Android, korang dah boleh pra-daftar PUBG: New State sekarang di pautan ini.
Comments
Loading…