Hebat sangat ke PUBG Mobile ni?
PUBG Mobile yang dibangunkan oleh Tencent Games dan PUBG Corporation baru-baru ini memenangi 3 anugerah di dalam Google Play Awards – Best Game, Fan Favourite Game dan Most Competitive Game.
Sejak dilancarkan awal tahun ini, PUBG Mobile telah di-download 200 juta kali dan dimainkan lebih 30 juta pemain (kecuali China) setiap hari! Ianya juga menduduki carta gaming popular di 105 negara dalam minggu pertamanya.
Apple App Store turut mengiktiraf PUBG Mobile dengan meletakkan ia di dalam kategori Game Trend of the Year bagi genre battle royale yang dipopularkannya serta Top Game Charts of 2018 bagi jumlah download yang mengagumkan.
PUBG Mobile juga turut memenangi anugerah The Mobile Game of the Year di 2018 Golden Joystick Awards. Ia turut dicalonkan di The Game Awards namun tidak memenangi anugerah tersebut.
Secara peribadi, penulis kini berminat untuk mengetahui jumlah download bagi Fortnite versi mobile selepas Epic Games menyatakan ianya takkan diletakkan di dalam Google Play Store. Bagaimanapun, laporan menyatakan Fortnite battle royale dimainkan sebanyak 200 juta pemain merentasi semua platform – PC, konsol, dan mobile.
Comments
Loading…