Walaupun terdapat lambakan game mobile battle royale di pasaran, jenama PUBG sememangnya sukar untuk dicabar. Hal ini terbukti apabila kita melihat apa yang telah game ini capai pada tahun lalu.
Menerusi analisis terbaharu yang dikeluarkan Sensor Tower, PUBG Mobile dilaporkan telah berjaya mengumpulkan pendapatan sebanyak USD5.1 billion (sekitar RM21 billion) sejak game itu dilancarkan melalui pembelanjaan pemain.
Daripada jumlah itu, USD2.7 billion (sekitar RM11 billion) sahaja diperoleh dalam tahun 2020. Dalam erti kata lain, secara purata, PUBG Mobile menjana USD7.4 juta (sekitar RM30 juta) setiap hari sepanjang tahun 2020.
Seperti kebanyakan game lain, pendapatan PUBG Mobile melonjak naik semasa pandemik global COVID-19, khususnya semasa awal tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diterapkan di seluruh dunia. Ia menjana USD300 juta (sekitar RM1.2 billion) pada Mac 2020.
Korang boleh baca analisis penuh yang dikeluarkan Sensor Tower untuk PUBG Mobile bagi tahun 2020 di pautan ini.
Comments
Loading…