in ,

PUBG Mobile Kini Dilancarkan Di Seluruh Dunia, Termasuk Malaysia Untuk iOS Dan Android

Masa untuk dapatkan Chicken Dinner di mana-mana, pada bila-bila masa.

Setelah pada mulanya melancarkannya di China, dan Kanada pada minggu lalu – PUBG Mobile akhirnya kini telah dilancarkan di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Versi mobile untuk game yang telah menggegarkan tahun 2017 ini akan boleh korang dapatkan di iOS di sini dan Android di sini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Naib Presiden Korporat Tencent, Chen Jerry berkata, “kami sangat teruja untuk melancarkan PUBG Mobile untuk iOS dan Android di seluruh dunia. Kami bekerja keras untuk mencipta pengalaman PUBG Mobile sebenar yang para pemain baru dan lama akan gemar. Banyak yang telah dilakukan untuk kawalan dan pengoptimuman bagi memberi pemain pengalaman yang lancar dan intuitif.”

Jadi, apa korang tunggu lagi? Mainkan game ini sekarang dan kongsikan chicken dinner pertama korang dalam ruangan komen di bawah!

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Call of Duty: Modern Warfare 2 Remastered Dilaporkan Akan Keluar Pada April Ini

Epic Games Jana RM5.9 Juta Melalui Fortnite Mobile Dalam Masa 72 Jam