Jomlah kita sama-sama mengamalkan gaya gaming yang lebih sihat.

PUBG Mobile telah memperkenalkan sebuah sistem baru yang ingin “mempromosikan kelakuan gaming yang sihat”. Digelar “Gameplay Management”, sistem ini akan mengeluarkan pop-up yang mengingatkan pemain untuk berhenti.

Melalui sistem ini, pemain yang di bawah 18 tahun akan diminta untuk menerima “nasihat gaming” sebelum mereka boleh membuka game itu. Dalam beberapa selang waktu (mereka tidak dedahkan berapa lama), para pemain ini akan diingatkan dengan notifikasi untuk berehat atau berhenti.

Buat masa ini, ia baru sahaja dilancarkan di Indonesia, India, Nepal, UAE, Qatar, Kuwait, Iraq, Arab Saudi, dan Mesir. Sistem ini akan dilancarkan ke negara-negara lain secara berperingkat.

Apa pandangan korang tentang sistem terbaru ini? Satu langkah yang baik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.