in , ,

PUBG Mobile – Game Battle Royale Mobile Pertama Pecah Kutipan USD1 Billion & Keuntungan Meningkat 540%!

Selepas diubah bagi pasaran China, PUBGM kini meletup-letup pulak!

Pada bulan Mei lepas, Kerajaan China telah menarik balik PUBG Mobile daripada pasaran setelah gagal mengutip keuntungan daripada game tersebut.

PUBG Mobile kemudiannya dilancarkan semula di bawah nama Game for Peace, “Game Demi Keamanan” dengan elemen propaganda ketenteraan pro-China dan lesen pengewangan oleh Kerajaan China.

Pelancaran semula ini menyaksikan peningkatan keuntungan sebanyak 540% sehingga muncul menjadi game battle royale mobile paling menguntungkan di platform iOS dan Android, dengan lebih USD1 billion dibelanjakan pemain.

Korang boleh baca laporan penuh mengenai pencapaian ini dari Sensor Tower di sini.

Sebelum ini, Tencent telah mengaut keuntungan sebanyak USD14 juta (RM58.28 juta) dalam masa 72 jam sahaja selepas melancarkan semula game ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Selangor Cyber Games 2019 Kini Kembali Untuk 2019, Bawakan Hadiah Terkumpul RM215,000

Selangor Cyber Games 2019 Kini Kembali Untuk 2019, Bawakan Hadiah Terkumpul RM215,000

Google Pula Umumkan Play Pass, Pesaing Kepada Apple Arcade, Harga RM20 Sebulan

Google Pula Umumkan Play Pass, Pesaing Kepada Apple Arcade, Harga RM20 Sebulan