Macam mana korang mainkan PUBG Mobile dan game-game shooter seumpamanya di platform mobile? Ni kitorang kaji.

Game-game battle-royale telah menghidupkan kembali genre shooter di platform mobile. Dengan PUBG Mobile, Fortnite BR Mobile, Free Fire dan seumpamanya – smartphone dan tablet kini menjadi platform gaming pilihan ramai gamers masakini.

Bagaimanapun, smartphone tidak dicipta untuk memainkan video game masakini dengan butang kawalan yang pelbagai dan kompleks. Tidak seperti gaming di PC dan console yang mempunyai BANYAK butang-butang fizikal, mobile gaming membuka ruang untuk kepelbagaian dalam kawalan dan permainan video game mobile.

Artikel ini ingin menumpukan perhatian kepada PUBG Mobile dan fleksibilitinya di dalam menyusun skema kawalan yang pelbagai mengikut citarasa, keselesaan dan kemahiran gamer itu sendiri.

Sebelum kita mulakan, kalau korang tidak menggunakan ciri Gyroscope di dalam game-game sebegini, kenapa? Ciri Gyroscope ini seperti menggantikan kejituan Mouse PC buat mobile. Belajarlah pakai Gyroscope, pastinya akan menguntungkan permainan korang nanti.

Berikut adalah teknik-teknik kawalan PUBG Mobile yang kitorang kaji:

Teknik 2-Jari (Ibu Jari)
Difficulty Level: Beginners

Teknik ini pastinya paling banyak digunakan ramai gamers PUBG Mobile. Ianya paling basic dan kebanyakan gamers bermula dengan teknik ini. Satu ibu jari digunakan untuk gerakan, dan satu lagi ibu jari digunakan untuk melihat sekeliling dan membidik musuh. Semestinya layout butang lain disusun mengikut keselesaan gamer.

+ Teknik paling mudah untuk dipelajari.

Tak boleh bergerak, membidik dan menembak pada masa yang sama/pantas.

Tips: Korang boleh menembak musuh yang sedang berlari – hanya tap & drag butang tembak mengikut arah musuh.

Teknik 4-Jari (Claw)
Difficulty Level: Intermediate

Teknik ini memberikan korang lebih kawalan untuk menembak dan membidik sambil bergerak, melompat dan sebagainya. Dua ibu jari mengawal gerakan dan bidikan, manakala 2 jari lain, biasanya 2 jari telunjuk akan mengawal butang scope dan menembak. Pastikan korang menyusun layout butang seoptima mungkin, kerana setiap tangan kita berbeza, semestinya memerlukan layout tersendiri.

+ Teknik membuka kepelbagaian gerakan dan kawalan in-game.

Memerlukan latihan dan masa untuk membiasakan diri. Tangan mungkin mengalami sedikit kesakitan semasa bermain kerana kedudukan yang kurang selesa.

Tips: Teknik ini lebih sesuai digunakan di tablet berbanding smartphone. Takut jemari teranyam pulak masa bermain.

Teknik 5-Jari, 6-Jari Ke Atas
Difficulty: Advanced

Kalau dengan 4 jari pun sudah banyak kawalan dan fleksibiliti dapat digunakan semasa permainan – apatah lagi dengan 5, 6 jari atau lebih! Amaran – teknik ini hanya bagi mereka yang benar-benar pakar dalam selok-belok game ini dan memerlukan tahap kawalan yang tinggi! Namun, di tangan mereka yang mahir, ianya sememangnya menguntungkan!

+ Teknik paling OP! Pelajari jika korang cukup lincah.

Memerlukan latihan dan masa untuk membiasakan diri. Tangan mungkin mengalami sedikit kesakitan semasa bermain kerana kedudukan yang kurang selesa.

Tips: Jangan sampai tergeliat jari. Prektis dan bergaming secara sihat guys. Jangan paksa diri.

Penggunaan Trigger Mekanikal
Difficulty: Intermediate

Bagi gamer konsol yang memerlukan pengalaman butang fizikal dan keselesaan bermain, ini mungkin teknik permainan yang sesuai. Trigger sebegini hadir dengan pelbagai konfigurasi – dari 2 trigger sehingga 4 trigger. Lebih-lebih lagi apabila ianya mempunyai 4 trigger tambahan – membolehkan korang bermain dengan 6 jari! Bagaimanapun, penggunaan trigger sebegini di-ban dari digunakan di dalam pertandingan-petandingan PUBG Mobile tertentu. Kalau untuk bermain suka-suka, silakan.

+ Sesuai bagi mereka yang biasa menggunakan konsol, butang fizikal dan mementingkan keselesaan bergaming.

Renyah, perlu dibawa merata-rata dan dipasang setiap kali hendak bermain.

Tips: Pastikan korang menyusun layout paling optimum – dah macam pakai controller SCUF, BattleBeaver ataupun Controller Xbox Elite dah.

Penggunaan Battledock
Difficulty: Beginner

Semestinya ini teknik paling kontroversi. Adapter sebegini membolehkan pemain menggunakan mouse dan keyboard di dalam PUBG Mobile menentang pemain-pemain lain yang tidak menggunakan mouse dan keyboard! Adapter sebegini juga memerlukan sambungan Bluetooth dan aplikasi button-bind yang biasanya diawasi oleh PUBG dan akaun berkemungkinan di-ban. Bagaimanapun, ini tidak menghalang pemain yang ingin mencuba pengalaman sebegini.

+ Mouse dan keyboard, berlawan dengan pemain-pemain lain yang kurang pantas dan jitu.

Perlukan sambungan Bluetooth dan aplikasi yang dipantau PUBG Mobile. Kemungkinan di-ban.

Tips: Siapa pakai Battledock sebegini, makkohijo.

Penggunaan Emulator
Difficulty: Intermediate

Bagi permainan PUBG Mobile menggunakan emulator, Tencent sendiri telah melancarkan emulator rasmi yang dinamakan Tencent Gaming Buddy. Hanya login kepada akaun PUBG korang menerusi emulator ini yang diinstall di gaming PC korang, dan korang boleh bermain menggunakan mouse dan keyboard macam biasa. Pengguna-pengguna emulator akan ditempatkan dan bermain dengan pengguna-pengguna emulator lain. Jadi, pemain PUBG Mobile lain tidak perlu risau.

+ Sesuai untuk PC gamer yang biasa dengan menggunakan mouse dan keyboard, dan berlawan dengan pengguna mouse dan keyboard lain. Macam PUBG versi PC, tapi lebih ringan dan kurang isu bug dan desync.

Perlukan PC dan latihan mengawal butang-butang yang pelbagai.

JomKomen!