in , ,

PUBG Mobile Akan Kembali Ke India Tanpa Tencent Sebagai Penerbit

Minggu lalu, kerajaan India telah mengharamkan lebih daripada 100 aplikasi, termasuklah sebuah game shooter cukup popular yang mempunyai 40 juta pemain aktif, PUBG Mobile.

PUBG Corp akhirnya telah mengeluarkan kenyataan mereka terhadap pengharaman ini. Syarikat dari Korea Selatan itu mendedahkan yang mereka akan menerbitkan semula PUBG Mobile di India tanpa campur tangan Tencent sebagai penerbit. PUBG Corp akan menerbitkan game tersebut secara sendiri tanpa bantuan daripada syarikat gaming gergasi dari China itu.

“Atas sebab apa yang berlaku baru-baru ini, PUBG Corporation telah membuat keputusan untuk tidak lagi memberikan kuasa francais PUBG Mobile kepada Tencent Games di India,” kata syarikat itu.

“Bergerak ke hadapan, PUBG Corporation akan mengambil tanggungjawab penuh terhadap penerbitan dalam negara itu. Dalam masa syarikat kami menerokai cara-cara baharu untuk menyajikan pengalaman PUBG tersendiri untuk India dalam masa terdekat ini, kami komited untuk mengekalkan persekitaran permainan yang bersifat tempatan dan sihat untuk para peminat.”

PUBG Corp pada ketika ini berharap agar mereka dapat bekerjasama dengan kerajaan India untuk mencari solusi yang akan membenarkan para pemain kembali turun ke medan perang, dalam masa sama mengikut segala ketetapan yang dikehendaki oleh kerajaan India.

Hubungan dua hala antara kerajaan India dan China semakin menegang. Sejak Jun, India telah mengharamkan 59 aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat dari China, termasuklah TikTok dan WeChat.

Minggu lalu, India telah menambah senarai aplikasi yang diharamkan. Kementerian Elektronik dan Informasi Teknologi negara tersebut telah mendedahkan 118 aplikasi dari China yang baru diharamkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Xbox Series S Akan Dilancarkan Pada 10 November, Ini Spesifikasinya

Xbox Series S Akan Dilancarkan Pada 10 November, Ini Spesifikasinya

Harga Dan Tarikh Pelancaran Xbox Series X Diumumkan, Boleh Bayar Ansuran Secara Bulanan

Harga Dan Tarikh Pelancaran Xbox Series X Diumumkan, Boleh Bayar Ansuran Secara Bulanan