Menu
in , , ,

PUBG: Map Baru, Mode Custom Game Dan Banyak Lagi Akan Hadir Pada Tahun Ini

Brendan “PlayerUnknown” Greene mendedahkan roadmap terbaru untuk PUBG pada hari ini. Memberikan kepada peminat apa yang akan hadir pada masa akan datang untuk game tersebut pada tahun 2018.

Rancangan itu termasuklah dua map baru, lebih banyak pengubahsuaian karakter dan emotes, kenderaan dan senjata baru serta sistem balistik yang dipertingkatkan, tambahan juga kepada test server serta supaya pemain boleh mendapat pandangan awal pada perubahan yang ditambah ke dalam game dan juga sebagai peluang untuk membawakan maklum balas ke atas perubahan tersebut kepada pembangun.

Menurut Greene, perubahan itu akan tiba dalam “penghantaran kandungan utama” setiap dua bulan (bermula bulan ini) dan juga yang lebih kecil, kemaskini yang terputus-putus antara yang utama.

Berikut adalah kandungan yang ada dalam roadmap:

Map 4×4 km baru: saiznya adalah separuh dari map PUBG yang ada sekarang. Bermakna perlawanan akan menjadi lebih pendek dan lebih mencabar. Map terbaru ini dijangkakan akan boleh didapati dalam test server pada bulan depan. Satu lagi map baru adalah saiz standard 8×8 km, juga dirancangkan akan dikeluarkan pada tahun ini.

Mode custom game juga akan diperlebarkan. Greene tidak menjelaskan secara spesifik tentang apakah jenis modes yang mereka maksudkan sebagai “baru dan menarik”. Mereka juga merancang untuk mengedarkan akses kepada pemain dengan lebih meluas supaya terdapat lebih banyak custom game boleh didapati untuk disertai pada bila-bila masa yang diberikan.

Kenderaan baru juga dirancang akan dikeluarkan pada suku tahun pertama 2018 dan senjata baru dan attachments juga dijangka akan tiba pada tahun ini. Gambar di bawah memaparkan senjata Type 81 assault rifle yang termasuk dalam roadmap.

Sistem penembusan balistik akan hadir pada test server. Kemungkinan akan menamatkan penghalang peluru seperti gaya Wonder Woman yang kita pernah lihat. Baik pulih untuk sistem payung terjun juga sedang dihasilkan bersama-sama dengan peningkatan kepada sistem kombat melee.

Sistem emote juga dirancang dan boleh diakses melalui radial wheel untuk membenarkan pemain untuk point, wave, nod, clap dan taunt.

Animasi untuk first-person dan third-person mode juga akan ada perubahan, yang mana akan memasukkan animasi keluar dan masuk dari kenderaan dan menukar tempat duduk.

Terdapat juga pilihan pengubahsuaian karakter yang lebih banyak sedang dirancang, tambahan kepada skins senjata dan payung terjun baru. Achievement, senarai rakan dalam permainan dan voice squad chat juga ada dalam roadmap.

Greene berkata kerja-kerja akan diteruskan terhadap pengoptimuman dan penstabilan ke atas klien dan server game PUBG. Serta juga perlawanan yang tidak ada pengakhiran untuk mengesan dan melarang cheaters.

Selain itu, PUBG Developer API juga akan menyokong pembangun dalam komuniti dengan memberikan pemain dan data perlawanan sepanjang prestasi permainan. API itu juga akan membenarkan kumpulan esport dan pihak ketiga untuk mencipta custom games dalam PUBG.

Bercakap mengenai esport, PUBG Corp sedang meningkatkan sistem replay 3D dan meningkatkan live spectator tool, tapi juga akan mengintegrasikan sistem replay untuk spectators untuk digunakan semasa perlawanan secara langsung. Yang mana akan menjadikan pertandingan PUBG menjadi lebih menyeronokkan.

Selain menyokong komuniti modding, sesuatu yang Greene telah bercakap sebelum ini, “Ianya akan menjadi sebuah platform yang menyokong modding sepenuhnya. Ia mungkin akan mengambil masa untuk dilaksanakan kerana kami perlu mencari cara terbaik untuk melakukannya supaya game itu kekal selamat.”

Walaupun beberapa perkara telah ditekan di dalam rancangan roadmap itu. Greene berkata ianya bukan senarai penuh dan terdapat beberapa perkara yang akan diperkenalkan yang mana mereka belum bersedia untuk diumumkan.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Leave a Reply

Exit mobile version