PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) telah mengumumkan yang versi percumanya di PC bakal tiba tidak lama lagi — digelar sebagai PUBG Lite.

Apa yang membezakan PUBG Lite dengan versi PUBG yang ada di platform PC sekarang? PUBG Lite adalah khas untuk mereka yang mempunyai PC yang spesifikasinya agak rendah, mempunyai grafik yang dikurangkan, dan yang paling penting ianya adalah percuma (free-to-play).

Pada waktu ini, versi ini masih dalam fasa beta dan hanya boleh dimainkan oleh pemain dari Thailand.

Di bawah adalah spesifikasi minimum (kiri) dan yang direkomenkan (kanan):

Buat masa sekarang, versi ini membawakan map Erangel, Miramar dan training arena.

Sangat menarik untuk menyaksikan perkembangan ini dan menunggu apakah perancangan PUBG Corp. terhadap versi percuma ini. Ia selolah-olah membawakan model bisnes PUBG Mobile ke dalam PC pula.

Bilakah PUBG Lite akan dilancarkan ke negara-negara lain, dan adakah ia akan turut dilancarkan ke PS4 dan Xbox One?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.