PUBG Lite akan ditutup buat selamanya pada 29 April ini, umum Krafton dalam satu kenyataan.
Pihak pembangun telahpun menutup laman web rasmi game ini, sokongan pemain, serta tidak lagi membenarkan muat-turun baharu. Pemain sedia ada pula dibenarkan bermain PUBG Lite dan membelanjakan baki kredit dalam game seperti biasa sehingga penutupannya.
PUBG Lite merupakan game percuma di PC, versi PUBG yang memfokuskan kepada para pemain yang memliki PC berspesifikasi rendah.
Ia dilancarkan pada 2019 sebagai alternatif kepada game utama berbayar PUBG yang memerlukan PC berspesifikasi yang agak tinggi.
Comments
Loading…