in , , ,

PUBG Kini Separuh Nyawa! Emalahai Dari 3.2 Juta Pemain, Kini Tinggal 1 Juta Aje.

Takhta game Battle Royale yang diduduki PUBG semakin goyah!

Januari lepas, terdapat 3.2 juta pemain PlayerUnknown’s Battlegrounds di PC Steam.

Saban hari, bilangan tersebut semakin berkurangan – sehingga akhirnya tinggal 1 juta pemain sahaja! Fuh, lebih separuh bilangan pemain berhenti memainkan game ini.

Laman-laman seperti Steam Charts dan Githyp yang menngawasi statistik sebegini turut memaparkan kisah yang sama.

Kejatuhan sebegini turut dilihat menjadi pendorong kepada jualan murah game tersebut baru-baru ini!

Tidak dinafikan PUBG telah membawa fenomena game bergenre Battle Royale ke kemuncaknya. Namun pesaingnya iaitu Fortnite menawarkan nilai sebuah video game yang lebih menggoda.

Ianya game Battle Royale yang PERCUMA, lebih ramai pemain merentasi pelbagai platform serta kekerapan update yang menyenangkan dan menarik hati peminatnya untuk terus setia bermain.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kingdom Hearts 3 dan Final Fantasy 7 Remake Diumumkan Terlalu Awal – Tetsuya Nomura

The Division 2 Akan Menampilkan Bandar Washington D.C. Dengan Skala Penuh 1:1