in ,

PUBG, Dota 2, GTA V, Apex Legends Antara Game Menjana Pendapatan Tertinggi Di Steam Pada 2021

Banyak data rumusan atau “wrap up” yang dapat kita lihat dikeluarkan oleh pelbagai syarikat setiap kali penghujung tahun. Valve juga, seperti tahun-tahun sudah, tidak ketinggalan dalam mendedahkan statistik menarik mengenai platform Steam.

Di laman “Best of 2021”, kita dapat saksikan apakah 100 game terbaik dalam pelbagai kategori.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Valve membahagikan setiap kategori itu kepada Platinum, Gold, Silver dan Bronze — di mana Platinum merupakan beberapa game yang berada dalam kelompok terbaik — tanpa menyatakan secara spesifik berapakah nilai tepatnya.

Berikut ialah kategori-kategori yang diumumkan Valve, berserta game-game yang berada dalam kelompok Platinum:

Game-game dengan pendapatan tertinggi:

  • Apex Legends
  • Battlefield 2042
  • Counter-Strike: Global Offensive
  • Dead by Daylight
  • Destiny 2
  • DOTA 2
  • Grand Theft Auto V
  • Naraka: Bladepoint
  • New World
  • PUBG: Battlegrounds
  • Tom Clancy’s Rainbow Six Siege
  • Valheim

Game-game yang dilancarkan pada 2021 dengan pendapatan tertinggi:

  • Age of Empires IV
  • Back 4 Blood
  • Battlefield 2042
  • Farming Simulator 22
  • Forza Horizon 5
  • Halo Infinite
  • Mass Effect: Legendary Edition
  • Naraka: Bladepoint
  • New World
  • Outriders
  • Resident Evil Village
  • Valheim

Game-game paling popular (pernah capai 200,000 pemain serentak):

  • Apex Legends
  • Counter-Strike: Global Offensive
  • Cyberpunk 2077
  • DOTA 2
  • Grand Theft Auto V
  • Halo Infinite
  • New World
  • PUBG: Battlegrounds
  • Rust
  • Valheim

Game-game yang berjaya keluar dari fasa Early Access dengan pendapatan tertinggi:

  • Breathedge
  • Chernobylite
  • Draw & Guess
  • Endzone: A World Apart
  • Hell Let Loose
  • GTFO
  • Medieval Dynasty
  • Skul: The Hero Slayer
  • Solasta: Crown of the Magister
  • Subnautica: Below Zero
  • Totally Accurate Battle Simulator
  • Wildermyth

Game-game VR dengan pendapatan tertinggi:

  • Arizona Sunshine
  • Beat Saber
  • Blade & Sorcery
  • Boneworks
  • Hal-Life: Alyx
  • Hot Dogs, Horseshoes, & Hand Grenades
  • Into the Radius
  • Pavlov
  • Superhot VR
  • The Elder Scrolls V: Skyrim VR
  • The Walking Dead: Saints & Sinners
  • VR Kanojo

Game-game yang paling banyak menggunakan controller:

  • Apex Legends
  • Cyberpunk 2077
  • eFootball 2022
  • FIFA 21
  • FIFA 22
  • Forza Horizon 5
  • Grand Theft Auto V
  • Guilty Gear -Strive-
  • Halo Infinite
  • Monster Hunter: World
  • Tales of Arise
  • The Binding of Isaac: Rebirth

Korang pula bagaimana sepanjang tahun 2021? Apakah game yang paling banyak korang belanjakan? Game yang paling banyak dimainkan?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hideo Kojima Dedahkan 2 Game Baharu Kini Dalam Pembangunan

Parodi Battlefield 2042, Clownfield 2042 Kini Dilancarkan Di Steam, Hanya RM2.70