Pada September lalu, PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih popular dengan singkatan PUBG telah didaftarkan untuk rating di Korea. Buat masa ini, untuk versi konsol, ia hanya eksklusif di Xbox One, dan ramai menjangkakan yang perjanjian eksklusif ini hanya kekal selama tahun.
Setahun selepas dilancarkan ke Xbox One, game ini diramalkan akan keluar ke PS4 pada Disember 2018. Ramalan ini dikuatkan lagi dengan satu laporan terbaru.
Seorang pengguna di forum PSNProfiles.com telah melaporkan yang PUBG telah berada dalam game database PS4 miliknya. Beliau tidak tahu bilakah game ini akan dikeluarkan, walau bagaimanapun beliau mengatakan ia kini sudah ada dalam server Sony, menghoskan gambar game tersebut dan mempunyai Content-ID untuk PSN Store:
NA: UP5082-CUSA14081_00-BATTLEGROUNDS000
EU: EP5262-CUSA14085_00-BATTLEGROUNDS000
Lebih menarik, penganalisis terkenal dari Niko Partners, Daniel Ahmad dengan yakinnya telah mengatakan di forum ResetEra yang PUBG akan dilancarkan ke PS4 pada bulan hadapan, iaitu Disember 2018.
Sekiranya semua laporan ini benar, pastinya ia akan diumumkan dalam masa terdekat. Jadi, pastikan korang teruskan bersama JomGaming untuk mengetahui perkembangan terkini tentang game ini.