Selepas leak demi leak, satu lagi leak berkenaan pelancaran PlayerUnknown’s BattleGrounds di platform PlayStation 4 – kali ini daripada Amazon.
Walaupun masih tiada berita rasmi daripada PUBG Corp. berkenaan kehadiran game tersebut di platform PlayStation 4 terlalu banyak berita yang tertiris dan leak dari pelbagai sumber!
Game Revolution melaporkan, sebuah laman jualan game PUBG bagi PS4 telah ditemui di Amazon dan kemudiannya dibuang. Paling menarik, laman tersebut menyatakan PUBG bagi PS4 ini akan mula dijual pada 8 Disember!

Tarikh ini sekena dengan pelbagai laporan/khabar angin yang berkata PUBG PS4 akan dilancarkan pada bulan Disember. Tarikh 8 Disember juga adalah 2 hari selepas The Game Awards 2018 – sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa pelancaran PUBG PS4 akan diumumkan di acara tersebut.
Walaupun masih berahsia, kehadiran PUBG ke PS4 bukanlah suatu yang mengejutkan. Bagaimanapun, yang menjadi perhatian adalah bagaimanakah rupanya PUBG apabila dimainkan di platform PS4.
Walaupun PUBG di PC dan Xbox kini sudah memiliki sejumlah peminat setianya, kita semua masih teringat bagaimana semasa pelancaran PUBG di Xbox – gameplay yang buggy dan tidak dioptima sepenuhnya menjadikan pelancaran game tersebut bahan jenaka komuniti gaming sedunia.
Bagaimanapun, adakah kehadiran PUBG ke PS4 kini sudah terlambat? Terdapat pelbagai game-game battle-royale di pasaran – terutamanya Fortnite yang memegang takhta game battle royale di PS4 sejak sekian lama. Apatah lagi battle royale versi Call of Duty Blackout juga turut popular di platform tersebut.
Adakah PUBG masih relevan di PS4?
Comments
Loading…