PUBG Corp telah memfailkan saman ke atas Epic Games kerana pelanggaran hak cipta. Menurut laporan Korea Times, PUBG Corp Korea telah melakukan proses injunksi terhadap Epic Games Korea pada bulan Januari atas dakwaan pelanggaran hak cipta.

Mahkamah Daerah Seoul akan memutuskan sama ada Fortnite meniru PUBG, walau bagaimanapun tiada maklumat lanjut berkenaan dakwaan itu didedahkan buat masa ini.

Epic Games mengeluarkan mode Battle Royale untuk Fortnite secara percuma pada bulan September tahun lepas, selepas mode asal PvE ‘Save the World’ kurang mendapat sambutan. Penerbit PUBG, Bluehole menekankan bahawa terdapat persamaan antara kedua-dua mode tersebut pada bulan September.

“Kami sedang menjalinkan hubungan dengan Epic Games menerusi pembangunan PUBG memandangkan mereka adalah pencipta kepada enjin UE4, enjin yang kami sudah mendapatkan lesen untuk digunakan ke dalam game kami,” kata naib presiden dan penerbit eksekutif Bluehole, Chang Ham Kim pada September lalu. “Selepas mendengar maklum balas dari komuniti kami dan mengulas gameplay kami sendiri, kami agak bimbang bahawa Fortnite mungkin akan meniru pangalaman yang sama seperti PUBG.”

Pada bulan September tahun lepas, wakil dari Bluehole menjelaskan kepada kita bahawa bukan mode Battle Royale Fortnite yang membimbangkan mereka.

“Kami mahu menekankan bahawa ini hanya masalah kerana Epic Games ialah syarikat yang menghasilkan enjin yang kami gunakan dan kami membayar jumlah royaliti yang banyak kepada mereka. Dan kami mempunyai hubungan bisnes ini dan kami percaya yang kami akan terus mendapat sokongan dan kami sedang melihat untuk bekerjasama dengan lebih rapat dengan mereka untuk mendapatkan sokongan teknikal, mungkin membina ciri-ciri baru.”

“Tapi nama kami telah digunakan secara rasmi untuk mempromosikan game mereka tanpa pengetahuan kami. Tidak ada perbincangan dilakukan. Ianya adalah sesuatu yang mengejutkan dan mengecewakan untuk melihat rakan kongsi kami menggunakan nama rasmi kami untuk mempromosikan game mode yang mana kelihatan sama dengan kami punya dan terdapat salah faham dalam komuniti yang mengatakan bahawa kami secara rasminya terlibat dalam projek tersebut.”

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.