in , ,

PUBG Capai Jumlah 4 Juta Pemain Di Xbox One, Raikannya Dengan 30,000 Battle Points

PlayerUnknown’s Battlegrounds kini telah mencapai jumlah seramai 4 juta pemain di Xbox One. 

Untuk meraikan kejayaan tersebut, Microsoft dan PUBG Corp. mahu memberikan 30,000 Battle Points kepada pemain Xbox One sebagai hadiah. Battle Points itu boleh digunakan untuk membeli crates kosmetik dalam game.

Sesiapa yang membeli atau sudahpun membeli PUBG di Xbox One dan telah mencipta karakter sebelum 31 Januari akan menerima bonus ini. Bonus Battle Points akan dihantar dan muncul terus kepada akaun BP pemain selepas 1 Februari.

Pada awal bulan ini, mereka telah mengumumkan bahawa PUBG telah mencapai seramai 3 juta pemain sejak ia dilancarkan menerusi Xbox Game Preview pada awal bulan Disember.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Paragon Akan Ditutup Pada 26 April Ini, Epic Games Akan Pulangkan Wang Semula

Newbee & Liquid Ke Grand Final ESL One Genting 2018 – Siapa Bawa Pulang USD160,000 Besok?