Mungkinkah Sony bakal menggegarkan sekali lagi E3 pada tahun ini?

Seperti kebiasaan, semakin dekat kita dengan E3, acara gaming terbesar setiap tahun, semakin banyak info-info yang tertiris. Terbaru, senarai game yang akan dipersembahkan di pentas PlayStation dilaporkan telah tertiris.

Terdapat dua laporan berbeza yang telah dimuatnaik oleh individu yang tidak dikenali di forum 4chan dan Reddit. Seperti yang korang boleh lihat di bawah, senarai ini, sekiranya benar, adalah sesuatu yang pasti akan menggoncang jiwa dan raga kita.

Apa yang telah disahkan oleh Sony sendiri tentang game apakah yang bakal mereka perlihatkan, seperti Ghost of Tsushima, Marvel’s Spider-Man, Death Stranding, The Last of Us Part II; ada terdapat dalam kedua-dua gambar “tertiris” ini, namun apa yang membezakannya adalah apa yang tidak diumumkan lagi.

Resident Evil 2 Remake, Final Fantasy 7 Remake, Bloodborne 2, SOCOM: Coalition, Devil May Cry 5 dan semestinya PlayerUnknown’s Battlegrounds adalah beberapa game menarik yang terdapat dalam dua laporan ini.

Secara peribadi, penulis benar-benar berharap agar laporan tentang pendedahan PUBG di PS4 ini adalah benar. Kita semua tahu bahawa PUBG di Xbox One hanyalah bersifat eksklusif untuk beberapa waktu sahaja, dan bakal keluar ke PS4 akhirnya. Bilakah ia akan dikeluarkan masih menjadi tanda tanya.

Ramai menjangkakan yang hak esksklusif untuk Xbox hanya bertahan selama setahun dan bakal dilancarkan ke PS4 pada hujung tahun ini. Maka, menjelang hujung tahun ini, pastinya E3 2018 adalah masa terbaik untuk mengumumkannya.

Ya, kedua-dua gambar yang kononnya tertiris ini adalah berbeza, maka salah satu daripadanya, jika tidak kedua-dunya, pasti adalah palsu. Jadi, janganlah terlalu berharap untuk kebenaran laporan ini kerana info-info palsu menjelang E3 adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Jadi, apa komen korang? Apa yang korang paling harapkan akan diumumkan di E3 pada tahun ini? Kongsikan dengan kami!

Sidang media PlayStation di E3 2018 akan berlangsung pada 12 Jun, 9 pagi (waktu Malaysia). Segala maklumat livestream boleh didapati di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.