Setelah deretan info tertiris yang mengarah kepada pelancaran PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) untuk PS4, akhirnya ia telah diumumkan secara rasmi.

PUBG akan dilancarkan ke PS4 pada 7 Disember 2018.

Tiga edisi telah diumumkan untuk para pemain pre-order sebelum ia dilancarkan sepenuhnya. Apa yang menarik ialah, ketiga-tiga edisi ini didatangkan bersama item-item dari dua game eksklusif tersohor dari Sony — iaitu pakaian Nathan Drake dari Uncharted dan backpack kepunyaan Ellie dari The Last of Us.

Butiran lebih lanjut untuk ketiga-tiga edisi ini adalah seperti berikut:

PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS: Champion’s Edition – RM223 (Pautan ke PS Store)

– PUBG – Miramar Theme
– PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS AVATAR
– Uncharted Nathan Drake Desert Outfit
– The Last of Us Ellie’s Backpack
– 6,000 G-Coin
– 20,000 Battle Point
– Survival Pass

PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS: Survivor’s Edition – RM185 (Pautan ke PS Store)

– PUBG – Miramar Theme
– PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS AVATAR
– Uncharted Nathan Drake Desert Outfit
– The Last of Us Ellie’s Backpack
– 2,300 G-Coin
– 20,000 Battle Point
– Survival Pass

PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS: Challenger’s Edition – RM111 (Pautan ke PS Store)

– PUBG – Miramar Theme
– PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS AVATAR
– Uncharted Nathan Drake Desert Outfit
– The Last of Us Ellie’s Backpack

Trailer pengumuman turut dikeluarkan, dan korang boleh tontonnya di bawah:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.