Menu
in , , ,

PUBG 1.0 Telah Keluar Dari Early Access, CEO PUBG Corp Janjikan Sesuatu Yang Besar Untuk 2018

PUBG 1.0 telah keluar dari Steam Early Access dan kini pembangunnya, PUBG Corp sedang menetapkan rancangannya untuk masa hadapan.

“Untuk kami, pengeluaran PUBG 1.0 bukanlah pengakhiran kepada segala-galanya. Ia merupakan salah satu batu loncatan yang kami sedang cuba untuk laksanakan. Kami telah melihat banyak permainan Early Access yang hanya kekal dalam Early Access untuk jangka masa yang lama. Sebab itu kami sudah berjanji pada awal yang kami akan keluar dari Early Access dan menuju terus ke arah keluaran 1.0 dalam tahun ini,” kata CH Kim, CEO PUBG Corp.

Hari itu sudah tiba, kini PUBG secara rasminya telah keluar dari Early Access. Map gurun terbaru, Miramar sedang boleh dimainkan bersama-sama dengan senjata baru, kenderaan baru dan sistem memanjat (vaulting) yang mana ramai pemain telah menggunakannya dalam server percubaan pada beberapa minggu yang lalu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah rancangan mereka pada masa hadapan untuk game PUBG seterusnya?

CH Kim memberitahu bahawa selain terus mempertingkatkan prestasi pengoptimuman, fokus utama mereka adalah untuk menambah baik PUBG sebagai game esport untuk pemain dan penonton.

“Kami dalam proses pembincangan dengan banyak syarikat produksi di seluruh dunia untuk melihat apa yang kami boleh lakukan bersama. Tapi kami akan meletakkan usaha untuk mengenal pasti apa peralatan yang berbeza dan fungsi-fungsi yang kami boleh tambah untuk memastikan proses itu sendiri lebih menarik dan menyeronokkan,” jelas Kim.

“Bercakap mengenai peraturan dalam game, kami sedang melakukan banyak eksperimen pada masa ini. Kami mengumpulkan sebahagian daripada pemain-pemain terbaik di Korea dan cuba untuk melakukan ujian berkaitan dengan kelajuan dan saiz zon biru. Kami telah cuba untuk membuang zon merah dalam beberapa permainan dan itu adalah beberapa eksperimen yang telah dijalankan setakat ini.”

“Untuk sistem pemarkahan, kerana dengan battle royale, kamu tidak boleh berakhir dengan satu perlawanan sahaja. Ia perlu mempunyai beberapa siri perlawanan untuk memastikan kita mendapat tahu siapa pemenangnya. Kami sedang melakukan pengubahsuaian untuk memastikan sistem pemarkahan berfungsi dengan baik.”

“Sementara teras utama permainan masih akan kekal sama, kami rasakan melalui eksperimen ini kami mungkin akan mengadakan pertandingan yang lebih kukuh untuk PUBG pada tahun hadapan. Atau liga PUBG tahun depan,” kata Kim.

Berkenaan dengan pengeluaran game battle royale dan mode secara tergesa-gesa yang muncul pada beberapa bulan yang lalu serta komen Brendan “PlayerUnknown” Greene baru-baru ini mengenai perlunya perlindungan IP yang lebih ketat dalam industri permainan video,

Kim berkata, “Untuk kami, kami rasakan yang ianya sangat semula jadi untuk sebuah genre itu untuk berkembang. Brendan memberi komen untuk sesetengah syarikat yang secara spesifiknya meniru sesetengah ciri-ciri yang ada dalam PUBG. Saya rasakan beliau meluahkan rasa bimbangnya terhadap perkara tersebut. Tapi genre itu juga sebenarnya sedang berkembang. Ianya adalah sesuatu yang kami rasa sangat semula jadi. Dan untuk kami, kami rasa game kami ialah game pertama yang menunjukkan genre ini kepada seluruh dunia dan mengatakan bahawa genre ini boleh mendapat populariti dalam industri video game.”

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Leave a Reply

Exit mobile version