in ,

PT, Demo Silent Hills 2015 Mungkin Akan Terus Boleh Dimainkan Di PS5

Beberapa hari lalu, Sony telah mengesahkan bahawa hanya 10 buah game PS4 yang tidak akan boleh dimainkan di PS5. Dalam erti kata lain, lebih daripada 4,000 game PS4 akan boleh dimainkan di PS5 melalui backward compatibility.

Tanpa kita sedari, sifir mudahnya, PT, iaitu demo untuk game Silent Hill yang pernah dikeluarkan pada tahun 2015 lalu untuk PS4, akan terus boleh dimainkan di PS5 kelak — masih terselamat untuk satu lagi generasi konsol.

Dari segi logiknya, ya, memang PT sepatutnya boleh dimainkan di PS5. Namun apa sahaja boleh berubah sekiranya Konami ingin memadamkan keupayaan ini. Seperti yang kita tahu, Konami telahpun membuang PT dari PS Store selepas perpisahan antara syarikat tersebut dengan insan di sebalik pembikinin game tersebut, Hideo Kojima. Satu-satunya cara untuk para pemain PS4 kini (dan kemungkinan dibawa ke PS5 nanti) menikmati PT hanyalah oleh mereka yang pernah mencuba PT dan telahpun memasukkan demo itu ke dalam akaun mereka.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumbalas daripada Konami mahupun Sony. Moga-moga demo yang paling seram pernah penulis mainkan ini akan terus hidup walaupun ia sebenarnya telah ‘dibunuh’ oleh Konami.

Terima kasih, GamesRadar.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Percuma Paling Hangat Sekarang, Genshin Impact Menjana RM413 Juta Dalam Masa Hanya 2 Minggu

Game Percuma Paling Hangat Sekarang, Genshin Impact Menjana RM413 Juta Dalam Masa Hanya 2 Minggu

Rocket League, Spellbreak, Genshin Impact	Game Percuma Paling Banyak Dimuat-Turun Di PS4 Pada September

Rocket League, Spellbreak, Genshin Impact Game Percuma Paling Banyak Dimuat-Turun Di PS4 Pada September