Trailer terbaru Transference di pentas Ubisoft di E3 2018 menunjukan lagi kegelapan gangguan di dalam kepala apabila didera secara mental, meninggalkan rasa yang buat kita tidak senang duduk. 

Kerjasama antara Ubisoft Montral dan SpectreVision membawa fusion lakonan live-action serta video game membawa vibes yang sejuk suram tentang seorang budak lelaki yang terperangkap bawah penjagaan ayah yang kuat menderanya.

Bermain teka-teki dan puzzle yang bermain di dalam minda yang kian akan menjadi jalan cerita dilakonkan oleh pelakon sebenar. Semakin lama bermain game ini, semakin keliru pemain dengan perbezaan realiti dan halusinasi penuh dengan drama keluarga dan kisah lama yang ditaburi gula untuk menutup kepahitan di alami selama ini. Jom imbau kembali pengumuman game ini pada E3 2017.

Transference akan keluar pada musim luruh 2018. Transference juga boleh dimain tanpa VR untuk Xbox One dan PS4. Edisi VR juga akan dikeluarkan di Oculus, Vive dan PS VR.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.