in , , , , ,

Psycho Pass: Mandatory Happiness Diterjemahkan ke Bahasa Inggeris di PS4 / Vita dan PC, Tidak Untuk Xbox ONE!

Screenshot (227)

Syarikat NIS America mengumumkan untuk membuat perterjemahan permainan video Psycho Pass: Mandatory Happiness yang berasaskan dari manga, anime dan light novel dari pengeluar MAGES ini ke Bahasa Inggeris!

Screenshot (225)

Permainan video ini asalnya ekslusif sebagai launch title di pelantar Xbox ONE di Jepun. Tetapi malangnya disebabkan jualan konsol tersebut tidak memberangsangkan, MAGES bercadang untuk mengeluarkan siri ini ke pelantar lain, iaitu Playstation 4 dan Playstation Vita.

Di pasaran Inggeris pula, NIS America bercadang untuk mengeluarkan permainan video ini hanya di pelantar Playstation 4, Playstation Vita, dan di tambah pula dengan pelantar PC via Steam. Di Xbox ONE? Tidak kelihatan. Puncanya tidak pasti kenapa NIS Amerika tidak memasukkan Xbox ONE dalam pengumuman tersebut. Anda boleh melihat trailer pengumuman di sini:

Screenshot (226)

Psycho Pass: Mandatory Happiness akan dikeluarkan di pelantar Playstation 4, Playstation Vita dan PC via Steam sekitar September 2016 ini dan ia datang dalam bentik fizikal hardcopy dan digital untuk Playstation 4 dan Playstation Vita.

Screenshot (230)

Written by Kaiz Amari-Tai

Dilahirkan menjadi gamer tegar. Guest-writer JomGaming ini berminat dengan semua benda berkaitan videogames. Ingin menjadi streamer untuk menunjukkan betapa pengaruhnya videogames dalam hidup. AAA atau indies, janji videogames.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Division: Reward Untuk Pemain Open Beta Diumumkan!

Star Ocean 5: Character Trailer Baru Buat Relia Si Cilik Penuh Misteri!