in , , ,

PSX2017: Siri Uncharted Sudah Terjual Melebihi Daripada 40 Juta Salinan

Sic parvis magna. Greatness from small beginnings.

Setelah berada dalam hati peminat selama 10 tahun bermula dari Uncharted: Drake’s Fortune sehingga karakter-karakter di samping Nathan Drake yang mendapat stand-alone tersendiri dalam Uncharted: The Lost Legacy, siri Uncharted ternyata memberi impak mendalam kepada PlayStation dan juga Naughty Dog.

Untuk menyambut sambutan meriah 10 tahun Uncharted, PlayStation Experience 2017 menjemput pelakon suara utama yang menjayakan siri Uncharted iaitu Nolan North (Nathan Drake), Emily Rose (Elena Fisher), Richard McGonagle (Sully), Claudia Black (Chloe Frazer), Laura Bailey (Nadine Ross), Troy Baker (Samuel Drake), Graham McTavish (Lazarevic/Charlie Cutter) dan Robin Atkin-Downes dalam satu panel berkongsi pengalaman manis pahit mereka bersama-sama terlibat dalam siri Uncharted.

Rata-rata pelakon suara utama dan juga pembangun Naughty Dog tidak menyangka bahawa siri Uncharted akan mencatat kejayaan begitu besar dengan mencapai angka sebanyak 41.7 juta salinan terjual termasuk jualan Uncharted: The Nathan Drake Collection iaitu gabungan keseluruhan tiga game Uncharted sebelum ini hanya untuk PS3 re-mastered untuk PS4.

Ini adalah pencapaian yang membanggakan apabila dilihat angka jualan pada Mei tahun lepas iaitu sebanyak 28 juta salinan terjual bermakna jualan Uncharted meningkat dua kali ganda sehingga kini.

Perjalanan Nathan Drake sudah pun berakhir dengan A Thief’s End tetapi apakah langkah seterusnya bagi siri Uncharted? Nampaknya Uncharted akan mula mengorak langkah ke layar perak dengan Tom Holland akan melakonkan watak sebagai Nathan Drake muda dan diarahkan oleh Shawn Levy dan skrip ditulis oleh Joe Carnahan.

Walaupun Naughty Dog tidak terlibat dalam adaptasi filem Uncharted, ini semua bergantung kepada Sony dan saya harapkan filem Uncharted dapat menyambung kembali nostalgia dan keseronokan pengembaraan seperti apa yang pemain rasakan semasa bermain game Uncharted.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Youtuber Yang Sebelum Ini Meniriskan Battlefield 1, Kata Battlefield Tahun Depan Adalah Bad Company 3

Majlis Sukan Negara Tubuh Unit Esport, Persiapkan Malaysia Untuk Hadapi Sukan Asia 2022