in , , ,

PSX SEA 2018 Diumumkan Akan Diadakan Di Bangkok, Thailand Pada Ogos Ini

Jalan-jalan test game baru sambil makan tomyam!

Beberapa hari lalu, PlayStation Asia telah mengumumkan yang PlayStation Experience South East Asia (PSX SEA) akan kembali pada tahun ini, selepas pertama kalinya dibawakan ke rantau Asia Tenggara pada tahun lepas di Kuala Lumpur, Malaysia.

Terbaru, mereka telah mengumumkan beberapa info baru yang dinanti-nantikan para peminat setia PlayStation rantau ini sejak beberapa hari lalu. PSX SEA 2018 akan diadakan di GMM Live House, Bangkok, Thailand pada 18 dan 19 Ogos ini.

Dalam laman web rasmi, mereka menyatakan yang yuran kemasukan akan diumumkan kemudian.

PSX SEA merupakan sebuah expo yang dibawa khas oleh Sony ke rantau Asia Tenggara. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah mencuba game-game baru yang belum dilancarkan, sama ada eksklusif dan lain-lain; bertemu dengan penerbit-penerbit game dan membawa pulang barangan-barangan (merchandise) rasmi.

Korang boleh saksikan video di bawah untuk mengetahui kemeriahan expo ini pada tahun lalu yang berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Yakin Akan Temui Solusi Kepada Isu Cross-Play Dengan Platform Pesaing Lain

$300,000 Akan Diberikan Percuma Dalam GTA Online Bagi Menyambut DLC Baru Nightclubs