in , , ,

PSX 2017: Saksikan Video Di Balik Tabir Membangunkan Game Adiwira Labah-Labah Terkenal, Marvel’s Spider-Man

Thwip!

“Dibangunkan oleh peminat Spider-Man kepada peminat Spider-Man di luar sana,” kata pengarah kreatif eksekutif Marvel Games Bill Roseman.

Untuk menjayakan game Spider-Man yang benar menangkap intipati diri sebenar Peter Parker dengan ego personaliti adiwiranya Spider-Man, orang-orang penting dalam pembangunan game Marvel’s Spider-Man membincangkan tentang penceritaan, gaya seni, arahan gameplay dan banyak lagi dalam video di sebalik tabir, didedahkan semasa PlayStation Experience 2017.

Anda boleh tonton video pembikinan diambil dari pelbagai genap idea-idea di sebalik pembangunan Marvel’s Spider-Man di bawah:

Marvel’s Spider-Man diumumkan pada E3 tahun ini dan menampilkan adiwira labah-labah ini mempertahankan bandar New York dari anasir jahat yang anda sudah kenal melalui komik dan filem seperti Kingpin, Electro dan banyak lagi.

Dibangunkan oleh Insomniac Games dengan kerjasama Marvel, game ini memfokuskan kehidupan Peter Parker sebagai seorang jurugambar di Daily Bugle dalam konflik untuk mengimbangkan dirinya sebagai Spider-Man.

Marvel’s Spider-Man dijangka akan keluar pada tahun 2018 dan eksklusif untuk PS4.

JomBaca: Anda Boleh Main Sebagai MJ Watson Dan Pelbagai Karakter Ikonik Muncul Dalam Marvel’s Spider-Man

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Detroit: Become Human Mendedahkan Gameplay Dan Pilihan Baru Di Pentas PSX2017

Tonton Trailer Terbaru The Forest Yang Akhirnya Akan Tiba Ke PlayStation 4 Pada Tahun 2018