in , ,

PSX 2017: Kita Mungkin Akan Boleh Menukar Nama PSN Sebelum Tiba PSX 2018

Lekas senarai-pendekkan nama-nama PSN baru yang korang ingin tukar nanti!

Suatu ketika dulu, masa kita muda-muda dulu, mungkin pemilihan nama ID dalam PlayStation Network (PSN) yang kita cipta agak memalukan. Nak cipta akaun baru, rasa sayang pula disebabkan trofi-trofi yang kita kumpulkan dalam akaun tersebut, ya tak?

Keupayaan untuk menukar nama PSN ID telah menjadi khabar angin sejak sekian lama kerana permintaan yang cukup tinggi oleh para pemain. Terbaru, ketua PlayStation, Shawn Layden telah memberikan sedikit perkembangan terbaru tentang fungsi ini semasa acara PlayStation Experience 2017.

Layden telah mengesahkan bahawa pihak mereka sememangnya sedang berusaha untuk membawakan fungsi ini kepada para pemain. Beliau mengatakan bahawa fungsi ini adalah lebih kompleks daripada apa yang kita fikirkan, sebab itu ia mengambil masa yang agak lama.

Dan paling menarik, beliau menyatakan, “saya berharap kita akan bertemu dengan satu masa di mana kamu tidak perlu lagi menanyakan saya soalan yang sama pada PlayStation Experience akan datang.”

Kenyataan ini pastinya sesuatu yang agak menarik. Adakah mereka sudah merancang untuk memperkenalkannya pada tahun hadapan, sebelum kita bertemu dengan PlayStation Experience 2018? Sama-sama kita harapkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Terbaru Tomb Raider Akan Didedahkan Semasa ‘Acara Utama’ Pada Tahun 2018

PSX 2017: Dengarkan Persembahan Mengasyikkan Oleh Pelakon Suara Joel Dan Ellie Semasa Panel The Last of Us 2