in , , ,

PSX 2017: Dengarkan Persembahan Mengasyikkan Oleh Pelakon Suara Joel Dan Ellie Semasa Panel The Last of Us 2

Joel dan Ellie membuat persembahan nyanyian bersama.

Panel untuk The Last of Us Part II di PlayStation Experience 2017 baru sahaja habis sebentar tadi. Pelakon suara Joel dan Ellie dalam TLOU, Troy Baker dan Ashley Johnson telah membuka panel tersebut dengan persembahan yang sungguh mengasyikkan.

Sekiranya korang terlepas untuk menontonnya tadi, korang boleh saksikan persembahan nyanyian merdu oleh Ashley dan petikan gitar oleh Troy di bawah:

https://youtu.be/nhbBRDmfmLk

Mereka berdua telah mengalunkan sebuah lagu klasik Amerika, yang berjudul “The Wayfaring Stranger”. Semestinya, para peminat telah mula berspekulasi. Apakah nyanyian itu tadi sebenarnya adalah salah satu babak yang bakal ada dalam The Last of Us Part II nanti?

Apa yang dapat kita lihat sekarang, nampaknya nyanyian dan petikan gitar bakal menjadi antara fokus utama dalam game ini kelak. Masih ingat dengan trailer pendedahan game ini? Ya, ia juga memaparkan Ellie bernyayi sambil memetik gitar.

Pastinya ada satu kisah yang menarik dengan nyanyian dan petikan gitar dalam game ini, apatah lagi dalam game The Last of Us asal, Joel berjanji kepada Ellie untuk mengajarnya memetik gitar.

Buat masa ini The Last of Us Part II masih belum ada tarikh pelancaran. Ia bakal keluar secara eksklusif di PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PSX 2017: Kita Mungkin Akan Boleh Menukar Nama PSN Sebelum Tiba PSX 2018

Detroit: Become Human Mendedahkan Gameplay Dan Pilihan Baru Di Pentas PSX2017