in ,

PS5 Terjual 4.5 Juta Unit Setakat Disember, Sasarkan 14.8 Juta Dalam Tahun Kedua

PS5 pertama kali dilancarkan pada 12 November 2020 untuk beberapa buah negara, dan kemudian secara berperingkat dilancarkan di negara-negara lain di seluruh dunia.

Melalui laporan kewangan terbaharu Sony (via Daniel Ahmad), mereka telah mendedahkan bahawa sebanyak 4.5 juta unit PlayStation 5 telah terjual setakat 31 Disember 2020.

Sebagai perbandingan, PS4 turut mencapai angka jualan yang sama dalam jangka waktu yang sama pada tahun 2013.

Tiga bulan terakhir 2020 mencatatkan jualan PS4 sebanyak 1.4 juta unit, menurun daripada 6 juta dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya (2019). Ini menandakan yang permintaan PS4 semakin berkurang, serta memperlihatkan keutamaan produksi kini sudah beralih ke arah PS5.

Angka keseluruhan sepanjang hayat PS4 yang terjual kini telah mencecah 115.1 juta unit.

Dalam laporan yang sama (via IGN), Sony turut menyatakan yang mereka menyasarkan untuk menjual lebih daripada 14.8 juta unit PS5 dalam tempoh tahun fiskal kedua (April 2021 hingga Mac 2022).

Dalam usia yang sama, PS4 berjaya terjual sebanyak 14.8 juta unit, maka dalam kata lain, Sony menyasarkan untuk jualan PS5 menandingi apa yang pernah dicapai oleh jualan PS4.

Walau bagaimanapun, Sony menjangkakan yang sasaran ini mungkin sukar untuk dicapai disebabkan kekurangan bilangan semikonduktor di dunia yang menjejaskan kelancaran produksi PS5.

“Apabila kami cuba untuk meningkatkan kapasiti, kami menghadapi kesukaran disebabkan situasi global pada ketika ini,” kata wakil Sony.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Garena, Kodansha Umum Kerjasama – Bawa Kandungan Attack On Titan Dalam Free Fire

Overwatch 2 Diumumkan Blizzard - 10 Perkara Korang Perlu Tahu Tentang Sekuel Game Shooter Ini

Overwatch 2 Dan Diablo 4 Tidak Akan Dilancarkan Pada 2021, Blizzard Sahkan